Syarat Perkhidmatan untuk Butang “Tambah ke Google”
Dengan menggabungkan Butang “Tambah ke Google” di tapak anda, anda bersetuju untuk mematuhi
Syarat Perkhidmatan Google dan syarat
tambahan ini:
- Anda tidak boleh menambah menambah teks atau imej baharu, atau elemen hiasan lain pada
Butang, tetapi anda boleh memformatkan semula penampilan Butang jika perlu bagi
menggabungkannya dalam tapak anda, termasuk menukar Butang menjadi pautan teks biasa.
- Dengan menyediakan Butang, Google tidak menyokong atau juga bergabung dengan halaman
web anda. Anda tidak boleh memaparkan butang ini dengan cara yang membayangkan sokongan
atau gabungan seperti itu.
- Anda tidak boleh memaparkan Butang ini di tapak yang mengandungi kandungan pornografi;
yang menggalakkan atau menghasut kebencian atau keganasan; yang menceroboh hak peribadi
termasuk hak privasi; yang melanggar mana-mana undang-undang termasuk undang-undang hak
intelektual; atau yang mengganggu fungsi tapak web lain.
Google boleh mengubah suai syarat ini pada bila-bila masa atas budi bicaranya sendiri. Kami
berhak untuk menamatkan kontrak ini dan penggunaan butang “Tambah ke Google” oleh anda pada
bila-bila masa mengikut budi bicara kami, termasuk berdasarkan pelanggaran perjanjian ini.
Kami menafikan sebarang jaminan tersurat atau tersirat yang berkaitan dengan Butang.